Assalamualaikum
Beberapa hari sebelum Ramadan, kelihatan papan tanda/baner/bunting sekitar kuantan (dan seluruh pelusuk bandar)membuat tawaran berbuka secara buffet dari semurah rm 28 (bebarapa tahun lepas rm18pun ada) sampailah ke ratusan ringgit. Teringin berbuka di buffet? Ianya harus tetapi ada beberapa tindakan yang perlu diambil:

#Lihat tiada dinyatakan surau disediakan.
- Rancang untuk sembahyang jemaah (perlu pastikan tempat tersebut menyediakan tempat solat)
- Jangan fikir hanya untuk datang iftar sahaja, solat Maghrib mesti diutamakan.
- Jangan mengambil masa terlalu lama untuk makan dikhuatiri akan terlebih kapasiti makanan seterusnya tidak berdaya/khusuk sembahyang
- Jangan rasa nak makan semua yang dihidangkan...boleh menyebabkan perut meragam dan tak larat nak Tarawih
- Pastikan pergi ke restoran/hotel yang ada logo halal JAKIM di dapurnya. Tanya Reception masa booking
- Kalau nak rasa berbaloi, makan sedikit dahulu kemudian sembahyang dan lepas tu sambung lagi...tapi dikhuatiri kamning golek dan udang galah bye-bye.
- Apapun baca بسم الله sebelum makan dan akhiri dengan الحمد لله
sekian dulu
No comments:
Post a Comment