British PM wishes Ramadan Kareem
Sunday, 29 June 2014
Assalamualaikum
Beberapa hari sebelum Ramadan, kelihatan papan tanda/baner/bunting sekitar kuantan (dan seluruh pelusuk bandar)membuat tawaran berbuka secara buffet dari semurah rm 28 (bebarapa tahun lepas rm18pun ada) sampailah ke ratusan ringgit. Teringin berbuka di buffet? Ianya harus tetapi ada beberapa tindakan yang perlu diambil:

#Lihat tiada dinyatakan surau disediakan.
- Rancang untuk sembahyang jemaah (perlu pastikan tempat tersebut menyediakan tempat solat)
- Jangan fikir hanya untuk datang iftar sahaja, solat Maghrib mesti diutamakan.
- Jangan mengambil masa terlalu lama untuk makan dikhuatiri akan terlebih kapasiti makanan seterusnya tidak berdaya/khusuk sembahyang
- Jangan rasa nak makan semua yang dihidangkan...boleh menyebabkan perut meragam dan tak larat nak Tarawih
- Pastikan pergi ke restoran/hotel yang ada logo halal JAKIM di dapurnya. Tanya Reception masa booking
- Kalau nak rasa berbaloi, makan sedikit dahulu kemudian sembahyang dan lepas tu sambung lagi...tapi dikhuatiri kamning golek dan udang galah bye-bye.
- Apapun baca بسم الله sebelum makan dan akhiri dengan الحمد لله
sekian dulu
Ramadhan for Real
Assalamualaikum.
Puasa merupakan antara amalan ibadat khusus yang diniatkan hanya kerana Allah. Oleh itu kita perlu faham bahawa kita hanya akan dibalas bila ia diniatkan dengan betul. Jika tidak amalan kita akan menjadi sia2 kerana ganjaran pahala hanya dikurnia oleh Allah bukan oleh yang lain sperti manusia dan sebagainya.
Mari kita berpuasa dengan 'ittiba' sebagaimana dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.
Subscribe to:
Posts (Atom)